Ini merupakan artikel keempat dalam siri penjanaan pendapatan dengan blog. Artikel sebelum ini membicarakan tentang perkara yang boleh dilakukan untuk menambah pendapatan dengan blog iaitu berniaga, bagaimana mendapat idea perniagaan dan kaedah pelaksanaannya dengan menggabungkan beberapa P. Sekurang-kurangnya 4.
Kali ini saya ingin menyentuh berkenaan iklan sebagai salah satu sumber pendapatan blog. Cuba lihat di blog ini. Ruangan paling atas sebelum tajuk blog ada terpapar satu label kecil add by nuffnang atau banner dengan iklan di dalamnya. Begitu juga di bahagian kiri dan juga di bahagian bawah artikel pertama. Semua ini ialah ruangan iklan yang dibayar sewanya kepada tuan punya blog ini kerana membenarkan pengiklan memaparkan iklan-iklan mereka. Bayaran bergantung kepada 2 jenis tawaran kempen yang dikendalikan oleh syarikat nuffnang iaitu sama ada kempen CPM atau kempen CPC.
Bagi kempen CPM, bayaran dibayar bagi setiap kunjungan unik pengunjung ke blog sewaktu kempen dijalankan. Semakin banyak kunjungan unik, semakin bertambahlah pendapat dijanakan. Bagi kempen CPC pula, bayaran dibayar berdasarkan klik unik pada iklan-iklan yang disiarkan. Semakin banyak yang mengklik iklan tersebut, semakin banyaklah pendapatan yang diperolehi oleh pemilik blog.
Selain syarikat nuffnang, kempen-kempen iklan ini juga boleh diperolehi dengan mendaftar dengan google adsense. Selain itu, pemilik blog juga boleh mencari penaja-penajanya sendiri dengan menawarkan ruangan iklan di blognya dan penaja-penaja tersebut bolehlah terus membayar kepada pemilik blog kerana mengiklankan iklannya di blog. Contohnya anda boleh menaja blog ni selama sebulan dengan hanya RM10.00 sebulan iaitu cuma kira-kira 0.33 sen sehari. Dengan mencari penaja di luar talian atau di atas talian, dan memenuhkan blog2 anda dengan iklan, ia juga menjadi salah satu sumber pendapatan yang menguntungkan.
Baiklah di blog ini juga anda boleh membeli buku terpakai. Sila hubungi e-mel: jualbeli@1malaysia.my untuk membeli atau menaja iklan di blog ini.
Terima kasih.