Rabu, 20 April 2011

Perkhidmatan Lain Di Blog Ini.


Assalamualaikum atau salam sejahtera,

Blog ini lebih dikenali dengan blog jual buku terpakai gaya pos. Selain itu, blog ini juga menawarkan produk atau perkhidmatan-perkhidmatan lain. Antaranya ialah:

1. Penajaan iklan laman blog.

Penajaan ini bermaksud sesiapa yang nak taja iklan di blog ini, boleh menaja dengan bayaran RM10.00 sebulan. Iklan anda akan ditempatkan di bahagian 'side bar' blog ini yang memberi 'link' terus ke alamat URL anda. Selain itu laman blog ini juga peserta laman nuffnang dengan 3 ruangan iklan di atas, sisi dan di bawah artikel pertama blog.



2. Perkhidmatan tempahan tanda nama bermagnet.

Blog ini juga menawarkan perkhidmatan tempahan tanda nama atau nametag bermagnet. Keistimewaan nametag bermagnet ini ialah ia tidak merosakkan baju atau tudung berbanding nametag berpin. Magnetnya kuat dan sesuai juga untuk baju yang tebal. Terdapat 2 jenis tanda nama yang ditawarkan iaitu yang biasa dan yang jenis epoxy. Bagi yang jenis epoxy selain nama, logo syarikat atau jata negara juga boleh dimasukkan. Harga bergantung kuantiti tempahan. Bagi tempahan kecil 5 unit ke bawah, harganya lebih mahal berbanding tempahan dengan kuantiti besar. Sila hubungi e-mel untuk mendapatkan sebutharga. Tempahan minima 2 unit.




3. Perkhidmatan mencari buku lama atau terpakai.

Jika anda ingin mencari buku-buku tertentu yang lama atau terpakai. Blog ini sedia berkhidmat dengan syarat terlebih dahulu membayar bajet berpatutan buku yang dicari. Jika blog ini menjumpai buku yang diingini dengan bajet tersebut, buku akan dihantar kepada anda. Jika harganya lebih tinggi atau lebih rendah rundingan akan dibuat sama ada ingin memiliki buku tersebut dengan harga tertentu atau tidak. Jika ya, bayaran tambahan atau pemulangan baki bayaran akan dilakukan serta buku dihantar. Jika tidak, wang dipulangkan.

4. Perkhidmatan pengeditan foto untuk terbitan buku foto.

Jika anda mempunyai gambar-gambar foto sedia ada dalam bentuk 'softcopy' atau photo fizikal yang discan dan ingin mengabadikan foto tersebut dalam bentuk buku foto. Blog ini juga menawarkan perkhidmatan tersebut. Untuk peringkat permulaan, Blog ini meanawarkan pakej tempahan buku foto mini bersaiz 4 inchi x 3 inchi yang boleh memuatkan sekitar 20 keping gambar. Gambar-gambar boleh dihantar menerusi e-mel untuk diedit dan diterbitkan. Kulit buku foto mini ini boleh dipilih daripada pelbagai rekaan sedia ada. Untuk tempahan buku foto bersaiz lain juga boleh dirunding. Jangkaan Siap 3 hingga 4 minggu.

5. Perkhidmatan jurugambar majlis.

Blog ini juga menyediakan perkhidmatan jurugambar majlis untuk majlis-majlis seperti pernikahan, perkahwinan, pertunangan dan lain-lain sekitar Pulau Pinang. Sila hubungi untuk mendapatkan pakej lengkap jurugambar serta tempahan buku foto.




Sila e-mel : jualbeli@1malaysia.my untuk pertanyaan perkhidmatan-perkhidmatan tersebut atau ingin membeli buku. Terima kasih.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...