Selasa, 19 April 2011

Tentang Around The World In 80 Days.


Kita beralih angin dengan novel-novel berbahasa Inggeris pula. Kali ini berkenaan Novel karya klasik Jules Vern iaitu Around The World In 80 Days. Ini merupakan salah satu cerita pengembaraan kegemaran saya. Ia mengisahkan tentang Phileas Fogg seorang bangsawan Inggeris yang agak membosankan hidupnya serta mempunyai tabiat yang ganjil iaitu terlalu tepat dalam pengukuran terutamanya tentang masa dan waktu. Suaru hari berlaku satu perbincangan antara dirinya dan sekumpulan bangsawan lain di rumah kelab mereka berkenaan kemungkinan manusia pada zaman itu sekitar tahun 1873 berjaya mengelilingi dunia dalam masa 80 hari sahaja. Ada yang merasakan tidak mungkin dan bagi phileas fogg ia mungkin dan beliau telah bertaruh untuk membuktikannya dan mula mengembara mengelilingi dunia. Versi ini lebih mudah difahami kerana gaya bahasanya telah dipermudahkan serta mempunyai ilustrasi.

RM5.00 Termasuk kos pos biasa Malaysia.

Sila e-mel: jualbeli@1malaysia.my untuk membeli.

Terima kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...