Sabtu, 30 April 2011

Tentang British Monarchy


Kelmarin, kita menyaksikan perkahwinan diraja di antara Putera William dan Princess Catherine, Duke dan juga Duchess Cambridge. Semua mula bercerita tentang golongan bangsawan Inggeris. Jika anda ingin mengetahui sejarah monarki British, buku ini menerangkan secara bergambar dan berwarna penuh kisah-kisah golongan bangsawan ini.

British Monarchy
RM15.00 termasuk kos pos biasa Malaysia

Sila e-mel: jualbeli@1malaysia.my untuk membeli.

Terima kasih.

Rabu, 27 April 2011

Tentang 5 Karya Agatha Christie


Towards Zero



A Caribbean Mystery



The Sittaford Mystery



Remembered Death



Poirot Investigates

Agatha Christie terkenal sebagai seorang penulis
karya misteri yang hebat di dunia.
Dalam koleksi buku-buku saya kini, terdapat
5 karya Agatha terbitan Pan dan Pocket.
Setiap satu berharga RM10.00 sahaja
termasuk kos pos biasa Malaysia.
Jika ambil kelima-lima buku, RM45.00 sahaja
termasuk kos pos biasa Malaysia.
Oleh kerana novel-novel ini berkaitan misteri,
sebaiknya anda merungkai sendiri misteri-misteri
yang ada dengan membacanya sendiri.

Sila hubungi e-mel: jualbeli@1malaysia.my
untuk membeli.

Terima kasih.

Selasa, 26 April 2011

Blog dapat cat baru.


Sudah ubahsuai rekaletak blog dan harap lebih selesa. Selain jualan buku-buku terpakai, dan perkhidmatan yang pernah dinyatakan sebelumnya. Saya juga akan masukkan artikel-artikel bersesuaian yang difikirkan menarik untuk maklumat bersama. Antaranya Siri Buat duit dengan Blog dan Siri Bagaimana Mendapat Benda Percuma atau menjimatkan.

Terima kasih.

Isnin, 25 April 2011

Bagaimana Mendapat Benda Percuma / Menjimatkan Siri 2.


Memandangkan siri pertama amat menggalakkan di blog saya di sebelah, saya akan berkongsi sebahagian lagi tips-tips di blog ini pula. Oh ya bagi pengikut saya di blog ini yang belum lagi membaca siri 1 berkenaan perkara ini boleh baca di link ini. Sila klik

Dalam siri pertama, saya ada terangkan bagaimana mendapat benda percuma atau menjimatkan berdasarkan pandangan pencinta buku.

Sekarang kita lihat dari sudut-sudut lain pula.

Pengunjung dan penyewa bilik hotel.

Sama ada kita pergi bercuti bersama keluarga atau perlu mengikuti kursus atau kerja luar, memerlukan kita menginap di hotel. Kebiasaannya, mengikut piawaian, hotel menyediakan bilik yang selesa berhawa dingin. Perkara-perkara asas yang mesti ada ialah katil dan tilam selesa, TV, peti sejuk, almari dan kerusi serta meja sisi. Namun, pihak hotel juga biasanya menyediakan
perkara-perkara berikut yang boleh digunakan atau diambil percuma kerana ia biasanya telah dikira dalam bayaran penginapan.

1. Minuman Selamat Datang.

Sewaktu sedang mendaftar, pengunjung biasanya diberi minuman sejuk untuk menghilangkan dahaga sementara menunggu proses pendaftaran.

2. Set bancuhan minuman.

Set bancuhan kopi dan teh untuk tetamunya menikmati minuman di hotel berkenaan. Biasanya ada serbuk kopi, uncang teh, gula, krimer untuk dua orang. Pihak hotel juga menyediakan air mineral sekurang-kurangnya 2 botol dalam sebuah bilik standard. Semua itu diberi percuma dan pengunjung berhak mengambilnya kerana sebenarnya ia telah pun terkandung dalam bayaran sewa bilik hotel tersebut.

3. Set alatan mandian.

Selain bekalan bancuhan minuman, hotel juga biasanya menyediakan set alatan mandi seperti sabun, syampu, berus gigi dan ubat gigi, sikat rambut, losyen, bedak dalam kuantiti yang boleh digunakan untuk 2 orang. Ada juga hotel yang membenarkan pengunjung mengambil slipper bilik.

4. Set alat tulis.

Selain itu Hotel juga menyediakan alat tulis seperti pen, pensil, buku nota kecil, poskad, sampul surat, kertas A4 untuk menulis surat. Semua itu boleh dibawa balik atau digunakan. Sekurang-kurangnya boleh dijadikan hadiah atau kenang-kenangan menginap di hotel berkenaan.

5. Surat khabar harian.

Biasanya diletakkan di hadapan pintu pada awal pagi. Ini juga boleh diambil.

6. Sarapan pagi.

Kebiasaannya hotel-hotel besar menyediakan sarapan pagi buffet. Jadi makan kenyang-kenyang. Makanan terdiri daripada makanan tempatan dan antarabangsa. Ada sudut roti, sup, nasi dan lauk pauk kalau di sebelah timur. Salad, bubur, telur, pencuci mulut seperti kek dan kuih muih serta buah-buahan. Tidak dilupakan jus, air suam, teh dan juga kopi.

7. Penggunaan kolam renang dan tempat rekreasi.

Biasanya kolam renang, dan tempat permainan seperti tenis, dan sukan lain adalah percuma bergantung pada hotel tersebut. Ada pusat kesihatan yang boleh digunakan percuma dan ada yang berbayar.

8. Penggunaan set karaoke.

Ada juga hotel yang menyediakan perkhidmatan ini secara percuma.

9. Peralatan permainan papan atau board games

Kebiasaannya hotel atau resort ada yang membenarkan pengunjungnya menggunakan permainan-permainan ini seperti catur, monopoli dan sebagainya. Tetapi ia hanya ketika di sana saja dan perlu dipulangkan balik kepada pihak pengurusan.

10. Pengangkutan percuma pergi dan balik ke lapangan terbang atau pusat bandar.

Ini sudah tentu menjimatkan berbanding perlu mengambil bas awam atau teksi.

Namun, berhati-hati, kerana ada juga barang-barang yang tidak diberi percuma. Perkara ini biasanya diberi peringatan oleh pihak hotel dengan meletakkan senarai serta harga jika didapati barang-barang itu tiada atau rosak sewaktu kita keluar.

Kebiasaannya, barang-barang makanan dan minuman seperti coklat, air tin yang terdapat dalam peti sejuk perlu dibeli jika kita hendak gunakannya. Barang-barang macam selimut, tuala, bath tub, cawan, gelas dan lain-lain tu bukan percuma dan kita hanya gunakannya sewaktu menginap saja.


Ahad, 24 April 2011

Will the sea give up its secrets?



Berikut pula karya Jan Page berkenaan sebuah novel Inggeris remaja.
Berikut petikan sinopsis.

"Selina Penaluna is a merrymaid or so she believes . . . Ellen and Jack are evacuated from London to Cornwall during the Second World War. Ellen relishes the opportunity to better herself. Jack is different. He finds the attention from his new family stifling and seeks freedom in the arms of Selina, the mysterious local girl he sees at the shore. Selina, Ellen and Jack's lives are intertwined in a series of events that lead to tragedy."

Novel Selina Penaluna

RM20.00 Termasuk kos pos biasa Malaysia
Sila hubungi e-mel untuk membeli: jualbeli@1malaysia.my
Terima kasih.


Jumaat, 22 April 2011

Tentang Novel Marked



Novel ini meruapakan salah satu novel berasaskan kisah fantasi pontianak
karya P.C Cast dan anaknya Kristin Cast.

"In Marked, 16-year old Zoey Redbird is marked by a Tracker Vampyre, transforming her into a fledgling, or vampyre-to-be. Due to this, Zoey is forced to give up her human life and move away from her family into the House of Night boarding school, where she is to be educated in becoming a vampyre, while her body is to make the vigorous four-year change into vampyre that some do not survive. However, Zoey initially finds herself distinctively different..."

RM20.00 Termasuk kos pos biasa Malaysia

Sila e-mel: jualbeli@1malaysia.my untuk membeli.

Terima kasih.

Tentang The Street Lawyer



Karya John Grisham seterusnya ialah The Street Lawyer. Berikut petikan plot novel tersebut.

'A homeless man calling himself "Mister" enters the offices of the Washington DC law firm Drake & Sweeney and takes many of the lawyers hostage. Although he is eventually shot by a police snipper and the hostages freed, one of the hostages, an antitrust lawyer named Michael Brock, is concerned by what he has learned and feels compelled to investigate further...'

Menurut laman Google Books.

5 bintang 252
4 bintang 317
3 bintang 273
2 bintang 127
1 bintang 40

RM20.00 Termasuk Kos Pos Biasa Malaysia
(Tawaran RM40.00 dengan pembelian Novel The Partner dari penulis yang sama)

Sila e-mel : jualbeli@1malaysia.my

Terima kasih.

Rabu, 20 April 2011

Tentang Novel Bestseller The Partner


Kita sambung dengan Novel Inggeris seterusnya iaitu
The Partner karya John Grisham.




"They watched Danilo Silva for days before they finally grabbed him. He was living alone, a quiet life on a shady street in Brazil; a simple life in a modest home, certainly not one of luxury. Certainly no evidence of the fortune they thought he had stolen. He was much thinner and his face had been altered. He spoke a different language, and spoke it very well.But Danilo had a past with many chapters. Four years earlier he had been Patrick Lanigan, a young partner in a prominent Biloxi law firm. He had a pretty wife, a new daughter, and a bright future. Then one cold winter night..."

Menurut Laman Google Books.

5 bintang 256
4 bintang 314
3 bintang 232
2 bintang 89
1 bintang 27


RM25.00 Termasuk kos pos biasa Malaysia.
(* Tawaran terkini - RM40.00 Termasuk kos pos biasa
dengan pembelian buku The Street Lawyer
Karya penulis yang sama)

Sila hubungi e-mel: jualbeli@1malaysia.my untuk membeli.
Terima kasih.

Perkhidmatan Lain Di Blog Ini.


Assalamualaikum atau salam sejahtera,

Blog ini lebih dikenali dengan blog jual buku terpakai gaya pos. Selain itu, blog ini juga menawarkan produk atau perkhidmatan-perkhidmatan lain. Antaranya ialah:

1. Penajaan iklan laman blog.

Penajaan ini bermaksud sesiapa yang nak taja iklan di blog ini, boleh menaja dengan bayaran RM10.00 sebulan. Iklan anda akan ditempatkan di bahagian 'side bar' blog ini yang memberi 'link' terus ke alamat URL anda. Selain itu laman blog ini juga peserta laman nuffnang dengan 3 ruangan iklan di atas, sisi dan di bawah artikel pertama blog.



2. Perkhidmatan tempahan tanda nama bermagnet.

Blog ini juga menawarkan perkhidmatan tempahan tanda nama atau nametag bermagnet. Keistimewaan nametag bermagnet ini ialah ia tidak merosakkan baju atau tudung berbanding nametag berpin. Magnetnya kuat dan sesuai juga untuk baju yang tebal. Terdapat 2 jenis tanda nama yang ditawarkan iaitu yang biasa dan yang jenis epoxy. Bagi yang jenis epoxy selain nama, logo syarikat atau jata negara juga boleh dimasukkan. Harga bergantung kuantiti tempahan. Bagi tempahan kecil 5 unit ke bawah, harganya lebih mahal berbanding tempahan dengan kuantiti besar. Sila hubungi e-mel untuk mendapatkan sebutharga. Tempahan minima 2 unit.




3. Perkhidmatan mencari buku lama atau terpakai.

Jika anda ingin mencari buku-buku tertentu yang lama atau terpakai. Blog ini sedia berkhidmat dengan syarat terlebih dahulu membayar bajet berpatutan buku yang dicari. Jika blog ini menjumpai buku yang diingini dengan bajet tersebut, buku akan dihantar kepada anda. Jika harganya lebih tinggi atau lebih rendah rundingan akan dibuat sama ada ingin memiliki buku tersebut dengan harga tertentu atau tidak. Jika ya, bayaran tambahan atau pemulangan baki bayaran akan dilakukan serta buku dihantar. Jika tidak, wang dipulangkan.

4. Perkhidmatan pengeditan foto untuk terbitan buku foto.

Jika anda mempunyai gambar-gambar foto sedia ada dalam bentuk 'softcopy' atau photo fizikal yang discan dan ingin mengabadikan foto tersebut dalam bentuk buku foto. Blog ini juga menawarkan perkhidmatan tersebut. Untuk peringkat permulaan, Blog ini meanawarkan pakej tempahan buku foto mini bersaiz 4 inchi x 3 inchi yang boleh memuatkan sekitar 20 keping gambar. Gambar-gambar boleh dihantar menerusi e-mel untuk diedit dan diterbitkan. Kulit buku foto mini ini boleh dipilih daripada pelbagai rekaan sedia ada. Untuk tempahan buku foto bersaiz lain juga boleh dirunding. Jangkaan Siap 3 hingga 4 minggu.

5. Perkhidmatan jurugambar majlis.

Blog ini juga menyediakan perkhidmatan jurugambar majlis untuk majlis-majlis seperti pernikahan, perkahwinan, pertunangan dan lain-lain sekitar Pulau Pinang. Sila hubungi untuk mendapatkan pakej lengkap jurugambar serta tempahan buku foto.




Sila e-mel : jualbeli@1malaysia.my untuk pertanyaan perkhidmatan-perkhidmatan tersebut atau ingin membeli buku. Terima kasih.


Selasa, 19 April 2011

Tentang Around The World In 80 Days.


Kita beralih angin dengan novel-novel berbahasa Inggeris pula. Kali ini berkenaan Novel karya klasik Jules Vern iaitu Around The World In 80 Days. Ini merupakan salah satu cerita pengembaraan kegemaran saya. Ia mengisahkan tentang Phileas Fogg seorang bangsawan Inggeris yang agak membosankan hidupnya serta mempunyai tabiat yang ganjil iaitu terlalu tepat dalam pengukuran terutamanya tentang masa dan waktu. Suaru hari berlaku satu perbincangan antara dirinya dan sekumpulan bangsawan lain di rumah kelab mereka berkenaan kemungkinan manusia pada zaman itu sekitar tahun 1873 berjaya mengelilingi dunia dalam masa 80 hari sahaja. Ada yang merasakan tidak mungkin dan bagi phileas fogg ia mungkin dan beliau telah bertaruh untuk membuktikannya dan mula mengembara mengelilingi dunia. Versi ini lebih mudah difahami kerana gaya bahasanya telah dipermudahkan serta mempunyai ilustrasi.

RM5.00 Termasuk kos pos biasa Malaysia.

Sila e-mel: jualbeli@1malaysia.my untuk membeli.

Terima kasih.

Isnin, 18 April 2011

Jauh Kau Pergi - Alaf 21


Jauh Kau Pergi
Alaf 21
Dhiya Zafira

Sekali pandang novel seperti ini ala-ala cerita romantik mendayu-dayu tetapi ia sebenarnya bergabung dengan unsur thriller. Jalan ceritanya menarik.

"Aku tidak pernah memilih dia sebagai pelindungku. Aku tidak pernah menganyam impian untuk hidup bersamanya. Kasih terhadapnya tidak pernah lebih dari yang sepatutnya. Sesungguhnya dia tidak pernah ada dalam perancangan masa depanku. Dia hanya seorang sahabat. Namun sesuatu berlaku, menyebabkan haluan kami bertemu..."."


Cepat dapatkannya sebelum saya ubah fikiran.


RM18.00 sahaja termasuk kos pos biasa Malaysia.


Sila e-mel : jualbeli@1malaysia.my


untuk membeli. Terima kasih.

Ahad, 17 April 2011

Cinta Sufi - RAM


Cinta Sufi - Sudah Jual
Alaf 21
Ramlee Awang Murshid

Sebuah novel sambungan Trilogi Bagaikan Puteri. Buku Keempat.

Petikan sinopsis:

"Catalina merupakan seorang balu bangsawan Portugis yang kematian suami, belayar ke Tanah Melayu atas saranan Maryam – satu jelmaan berjubah dan berhijab putih yang ditemui apabila Catalina pengsan sahaja. Maryam berjanji akan membongkar satu rahsia besar tetapi pertemuannya mestilah di Hulu Melaka dan Catalina kena mencari seorang lelaki bertanduk dua untuk mengiringi perjalanannya ke Hulu Melaka. Ketika sampai ke Melaka, Portugis sedang menggempur Melaka dan Melaka dapat ditawan. Masa inilah Catalina menemui Saifudin yang pengsan di pantai Punggor. Lalu Laksamana Sunan itu dijadikan hamba sahaya kepada Catalina.Perjalanan ke Hulu menghadapi bermacam rintangan..."

RM18.00 Termasuk Kos Pos Biasa Malaysia.

Sila e-mel: jualbeli@1malaysia.my

untuk membeli. Terima kasih.

Buku Teks Kemahiran Hidup Tingkatan 1


Buku Teks Kemahiran Hidup Bersepadu Tingkatan 1
RM10.00 Termasuk Kos pos biasa.

Sila e-mel : jualbeli@1malaysia.my

untuk membeli. Terima Kasih.

7 Keping Kad Doa.


Terdapat 7 jenis doa yang dipaparkan di atas kad bersaiz A4 setiap satu. Antara doa-doa yang dipaparkan ialah :

1. Doa Bercermin
2. Doa Kepada Kedua Ibu Bapa
3. Doa Sebelum dan Selesai Belajar
4. Doa Penerang Hati
5. Doa Bangun Tidur
6. Doa Memakai Pakaian
7. Doa Berkenderaan.

Sesuai dijadikan alat bantu mengajar kepada kanak-kanak atau dibingkaikan untuk hiasan bilik anak-anak. Keadaan baik (stok lama)

RM10.00 sahaja termasuk kos pos biasa dalam Malaysia.

Sila e-mel : jualbeli@1malaysia.my jika berminat.

Terima kasih.

Tentang Gadis Bunga Teratai

Sudah jual


Buku ini ialah sebuah buku antologi kisah-kisah klasik yang menarik
dari Negeri China. Terbitan Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Rm5.00 termasuk kos pos biasa Malaysia.

Sila e-mel : jualbeli@1malaysia.my untuk membeli. Terima kasih.

Jumaat, 15 April 2011

Tentang Dikejar Maut


Sudah Jual

Karya Agatha Christie penulis kisah penyiasatan terkenal
diterjemahkan dalam Bahasa Melayu
dengan siri penyiasatan Christie ini.
RM5.00 Termasuk kos pos biasa Malaysia.

Sila e-mel: jualbeli@1malaysia.my

Rabu, 13 April 2011

Tentang Bila Embun Menitis


Novel ini merupakan sebuah novel lama
yang sudah sukar ditemui dalam pasaran.
Ia berkenaan kisah suka-duka dunia perguruan.

Kini RM5.00 sahaja termasuk kos pos biasa Malaysia.
Sila e-mel: jualbeli@1malaysia.my
untuk membeli. Terima kasih.

Selasa, 12 April 2011

Tentang Bedar Sukma Bisu


Bedar Sukma Bisu pasti menggugah rasa.

Syahdu mempesonakan, kisah sebuah semenanjung. Tanahnya emas, lautannya perak berkilauan. Ada pohon dan tanam-tanaman. Ada hujan menyegarkan. Ada sungai-sungai mengalir perlahan. Ada awan-gemawan melitupi meneduhkan. Ada binatang jinak sering bermanjaan. Ikan-ikan semuanya boleh dimakan. Ada laut yang bergelora permukaan tetapi tenang di dalam. Wegada tidak pernah lelah belayar, sejak masih anak-anak. Dia keluarga dari lautan. Wefada juga dilanda cinta muda, sejarah lampau dan kemelut suadara. Kisah pelayaran menyusuri Nusantara yang agam gemilang oleh ketamadunan Melayu - Islam. Di sini kita akhirnya mengerti, mengapa alam emas ini sering menjadi rebutan, menjadi tarikan dan tumpuan. menjadi sukma di hati. Sebuah saga tepu falsafah, tentang laut, bedar, niaga, perang, cinta, tauhid, peradaban dan sejarah luka.

Bedar Sukma Bisu - Sudah Jual
Faisal Tehrani
Dewan Bahasa Dan Pustaka
RM20.00 (termasuk kos pos biasa Malaysia)
Pemenang Hadiah Mengarang Jubli Emas DBP Tempat Pertama.

Sila e-mel: jualbeli@1malaysia.my untuk membeli. Terima kasih.

Isnin, 11 April 2011

Tentang Bagai Ombak Menderu.



Novel ini sebuah novel yang istimewa.
Istimewa kerana penulisnya salah seorang penulis kelainan upaya di Malaysia.
Marilah kita lihat apa yang tergambar di mata hatinya.

RM5.00 sahaja termasuk kos pos biasa Malaysia.

Sila e-mel: jualbeli@1malaysia.my

untuk membeli. Terima kasih.

Ahad, 10 April 2011

Tentang Antara Dua Persimpangan


Dia keliru di dalam mengenali salasilah diri.
Kekeliruan yang membenteng antara kebenaran
dan dongeng zaman kanak-kanak. Kekeliruan
yang menimbulkan kebencian dan dendam...
Andai hari semalam dapat diputarkan menjadi hari
ini, barangkali dia tidak perlu lagi meratapi
kehilangan semalam bersama luka pertemuan hari ini..


Antara Dua Persimpangan
Siti Rozilah
Creative Ent.
RM15.00 Termasuk Kos Pos Biasa Malaysia.

Sila E-Mel: jualbeli@1malaysia.my untuk membeli.

Terima kasih.


Jumaat, 8 April 2011

Tentang Anastasia Pentylope


Kerana cinta... kujejak dirimu walau liku-liku hidup yang kulalui sepanjang waktu itu amat memeritkan. Sesungguhnya tanpamu di sisi hidup ini terasa kelam dan gerhana. Sayang... kehadiranmu adalah sejarah terindah yang terpahat dalam lipatan takdirku. Namun pemergianmu tanpa pesan bagaikan satu titik hitam yang berjaya menggelapkan seluruh hidupku. Sepanjang tempoh itu, saban detik aku menyirat duka walau di hati sering mengharapkan kepulanganmu.

Novel Berbahasa Melayu terbitan Rhythm.

Cerita lanjut, boleh dapatkan novel ni. Saya jual RM12.00 saja termasuk kos pos.
Sila e-mel: jualbeli@1malaysia.my


Rabu, 6 April 2011

Tentang A Trap For He-Man


Sinopsis Buku Cerita Bergambar A Trap For He-Man

Skeletor has a plan to lure Teela to him, using the thousands of shadow men at his disposal. He commands them to bring a slab of Mentalite to him so he can focus his energies and send a telepathic message, disguised as He-Man, to Teela, requesting that she come to him. ....

Koleksi : Ladybird Master Of Universe
Bahasa: Bahasa Inggeris - UK
Harga: RM5.00 (Termasuk kos pos biasa Malaysia)

Sila e-mel: jualbeli@1malaysia.my untuk membeli. Terima kasih.

Tentang Novel A Caribbean Mystery



"Adakah anda ingin melihat gambar seorang pembunuh?"

Major Palgrave - Sebuah Misteri Caribbean

Sebelum Jane Marple mempunyai peluang untuk menjawab, Major Palgrave lenyap,hanya ditemui
orang telah mati pada hari berikutnya. Tapi apa yang terjadi pada foto? Mengapa hotel terdedah dengan mimpi buruk? Mengapa tetamu yang sering diperkatakan, seorang jutawan tertutup, pernah meninggalkan biliknya?
Dan mengapa Jane Marple menakutkan bagi hidupnya?

Novel ini memperkenalkan Jason Rafiel, yang memulakan sebuah persahabatan luar biasa dengan Miss Marple. Kedua-dua tidak berbeza namun memiliki rasa hormat yang luar biasa untuk satu sama lain.

Sudah tentulah buku ini berbahasa Inggeris. Sebuah karya Agatha Christie.

Genre: Misteri Pembunuhan
Format: Novel
Tempat: Hotel
Lokasi: Caribbean, St Horore

A Caribbean Mystery
Agatha Christie
PAN
RM10.00 Termasuk kos pos Biasa Malaysia.

Sila e-mel : jualbeli@1malaysia.my untuk membeli. Terima kasih.

Iklan Sebagai Salah Satu Sumber Pendapatan Blog..


Ini merupakan artikel keempat dalam siri penjanaan pendapatan dengan blog. Artikel sebelum ini membicarakan tentang perkara yang boleh dilakukan untuk menambah pendapatan dengan blog iaitu berniaga, bagaimana mendapat idea perniagaan dan kaedah pelaksanaannya dengan menggabungkan beberapa P. Sekurang-kurangnya 4.

Kali ini saya ingin menyentuh berkenaan iklan sebagai salah satu sumber pendapatan blog. Cuba lihat di blog ini. Ruangan paling atas sebelum tajuk blog ada terpapar satu label kecil add by nuffnang atau banner dengan iklan di dalamnya. Begitu juga di bahagian kiri dan juga di bahagian bawah artikel pertama. Semua ini ialah ruangan iklan yang dibayar sewanya kepada tuan punya blog ini kerana membenarkan pengiklan memaparkan iklan-iklan mereka. Bayaran bergantung kepada 2 jenis tawaran kempen yang dikendalikan oleh syarikat nuffnang iaitu sama ada kempen CPM atau kempen CPC.

Bagi kempen CPM, bayaran dibayar bagi setiap kunjungan unik pengunjung ke blog sewaktu kempen dijalankan. Semakin banyak kunjungan unik, semakin bertambahlah pendapat dijanakan. Bagi kempen CPC pula, bayaran dibayar berdasarkan klik unik pada iklan-iklan yang disiarkan. Semakin banyak yang mengklik iklan tersebut, semakin banyaklah pendapatan yang diperolehi oleh pemilik blog.

Selain syarikat nuffnang, kempen-kempen iklan ini juga boleh diperolehi dengan mendaftar dengan google adsense. Selain itu, pemilik blog juga boleh mencari penaja-penajanya sendiri dengan menawarkan ruangan iklan di blognya dan penaja-penaja tersebut bolehlah terus membayar kepada pemilik blog kerana mengiklankan iklannya di blog. Contohnya anda boleh menaja blog ni selama sebulan dengan hanya RM10.00 sebulan iaitu cuma kira-kira 0.33 sen sehari. Dengan mencari penaja di luar talian atau di atas talian, dan memenuhkan blog2 anda dengan iklan, ia juga menjadi salah satu sumber pendapatan yang menguntungkan.

Baiklah di blog ini juga anda boleh membeli buku terpakai. Sila hubungi e-mel: jualbeli@1malaysia.my untuk membeli atau menaja iklan di blog ini.

Terima kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...