Selasa, 29 Mac 2011

Penjanaan Pendapatan - Kaedah Perlaksanaan.

Ini merupakan artikel sambungan daripada tajuk-tajuk sebelumnya. Pada tajuk sebelumnya, kita belajar mengenai perkara yang kita boleh buat dengan blog dan bagaimana mendapat idea-ideanya.

Baiklah, katakanlah kita sudah tahu apa yang kita hendak buat dengan blog kita dan mempunyai idea. Seterusnya apakah tindakan kita? saya andaikan semua yang membaca, telah tahu membina blog. Blog merupakan suatu bentuk laman web asas yang mudah dibina kerana telah mempunyai rekabentuk dan pilihan template yang menarik. Kita hanya perlu memasukkan maklumat produk-produk yang ingin kita jual atau perkhidmatan yang ingin kita tawarkan.

Konsep yang kita gunakan ialah 4P.

P1: Produk (Barang / Perkhidmatan)
Apa yang ingin kita jual.

P2: Place (Tempat. Dalam konteks online ia adalah blog kita)
Nama blog, jenama dan sebagainya.

P3: Price (Harga)
Strategi harga yang kita letakkan pada produk-produk kita.

P4: Promosi
Kaedah-kaedah kita memperkenalkan produk dan blog kita.

Dengan menggabungkan keempat-empat P tersebut, secara tradisinya lengkaplah penawaran produk kita di blog. Namun kita juga harus mengambilkira satu lagi P iaitu:

P5: Pasaran.
Siapakah sasaran pasaran kita? Adakah pengguna akhir atau pengguna industri? Adakah kanak-kanak atau dewasa atau remaja? Kenali mereka dan sampai pada mereka dengan pelbagai cara.

Ia adalah kerja yang berterusan. Kita tidak boleh mengandaikan setelah kita bina blog yang cantik dan mempunyai produk di dalamnya. Kita hanya perlu menunggu. P4...P4...P4...
Kerana 4 ialah $.

Bonus untuk artikel hari ini ialah P6:Penerimaan Bayaran dan P7: Penghantaran Produk/Perkhidmatan P8: Penghargaan P9: Peningkatan Trafik dan ...........................................................................................................................................................................................................

P10: Iaitu Piiiiiiiiiraaahhhhhhhhhhhhhhhh. Cukup lah 9. P10 sudah tentulah:

Pembelian buku-buku sila hubungi jualbeli@1malaysia.my

Terima kasih.

Ahad, 27 Mac 2011

Bagaimana Saya Mendapat Idea Perniagaan.

Kita sambung artikel sebelumnya. Pada artikel sebelumnya, saya ada menerangkan 3 kaedah menambah pendapatan melalui blog iaitu menjual barang dan perkhidmatan iaitu menjual produk fizikal, menjual produk bukan fizikal serta yang terakhir menjual perkhidmatan.
Persoalan yang selalu ditanyakan selepas itu ialah nak meniaga apa ya? Baiklah kini kita ulas pula tentang idea perniagaan.

Dalam konteks perniagaan online ni, sebenarnya idea telah pun ada di dalam diri kita. Faktor utama yang kita perlu ambil kira ialah minat. Apakah produk yang kita minat dan mengetahui banyak tentangnya. Contohnya saya minat dengan buku-buku, maka idea perniagaan yang muncul ialah buku-buku. Suka tengok cerita P.Ramlee tak? Baiklah cuba anda tengok cerita 3 Abdul.

Pada permulaan cerita Pak Aji S Shamsuddin menerangkan tentang Abdul yang pertama yang suka pada burung-burung...Maka dia pun membuka sebuah kedai burung. (Bukan kedai taik burung). Abdul yang kedua sangat gemar dengan seni ukir...Maka dia pun membuka sebuah kedai ukiran kayu. Abdul yang ketiga (Hero filem ni) pula sangat gemar dengan seni muzik...maka dia pun membuka sebuah kedai menjual alat muzik.

Apakah kelebihannya kita menjalankan sesuatu perniagaan yang kita minat? Ya kita lebih yakin kerana kita suka produk kita. Apabila kita suka produk kita, kita dapat lebih meyakinkan orang lain membeli produk kita. Jika orang tak beli pun itu adalah minat kita. Contohnya kita minat makan nasi lemak tapi tak minat makan mi sup. Tetapi kita jual kedua-duanya. Selepas selesai waktu perniagaan, nasi lemak ada lebih 5 bungkus, mi sup 1 bungkus. Kegemaran kita nasi lemak jadi mungkin nasi lemak tu kita makan sendiri tapi mi sup tu kita buang atau beri pada orang lain kerana kita tak suka.

Idea perniagaan juga boleh muncul dengan melihat produk orang lain. Orang lain jual tudung laku, saya nak jual tudung jugalah. Orang lain jual T-Shirt macam menarik juga, saya nak jual T-shirt jugalah. Itu biasalah. Cuba google berapa orang yang menjual buku, t-shirt dan sebagainya. Memang banyak. Kekadang kita terfikir kenapa ramai yang jual benda yang sama? Dah tak ada idea ke? Kenapa orang filem suka buat filem cerita hantu? Dah tak ada idea ke. Kenapa bila ke pasar malam, gerai nasi ayam banyak, kenapa tak ada yang buat kedai nasi itik? Kebanyakannya tiru-meniru. Peniruan mudah dilakukan. Apabila kita lihat seseorang tu seperti berjaya dalam bidangnya dan pelanggan pun nampak ramai dan kita juga boleh buat benda yang sama, mungkin lebih baik atau lebih sedap darinya, maka kita pun buat atau jual barang seperti dia. Walau bagaimanapun mungkin juga kebetulan minat mereka sama. Contohnya saya minat buku dan menjual buku. Kebetulan ada orang juga minat buku dan menjual buku juga. Apabila masuk pasaran, sama pula produknya. jadi itu kebetulan yang boleh dimaafkan. Walau bagaimanapun idea yang baik ialah idea perniagaan yang unik dan lain dari yang lain. Cubalah jangan meniru. Mungkin ada gemar dengan konsepnya, anda munkin boleh hanya tiru konsepnya bukan produknya. Contoh, anda suka konsep restoran makanan segera di barat. Mereka jual burger dengan kentang bungkus dengan kotak dan paper bag yang cantik berlogo. anda boleh tiru konsep itu untuk sesuatu yang lebih tempatan seperti pisang goreng panas segera.

Panjang la pula artikel ni. Baiklah nanti kita sambung lagi. Kalau nak beli buku-buku yang ada sila e-mel saya di jualbeli@1malaysia.my

Terima kasih.


Cara Menambah Pendapatan Melalui Blog.


Assalamualaikum / salam sejahtera,

Tajuk di atas merupakan sesuatu yang biasa saja kita dengar. Nama-nama lain ialah cara buat duit dengan blog. Cara menjana pendapatan dan sebagainya. Zaman ni semua orang lihat wang wang..duit duit. Hampir semua perkara memerlukan duit. Jadi topik ni amat digemari. Macam kisah cinta juga. Jika tidak, filem cinta, lagu cinta atau novel cinta mungkin tak laku di pasaran.

Populariti blog sebagai satu laman web ringkas yang mudah dibina, menjadikan ia pada mulanya sangat digemari sebagai salah satu tempat melepaskan perasaan seperti sebuah diari online. Namun apabila komunitinya semakin membesar, terfikir pula untuk sesuatu yang bersifat komersil dan menguntungkan. Soalan-soalan mula ditanya mungkinkah blog boleh memberi pulangan kewangan? keuntungan? kekayaan? dan sebagainya.

Jawabnya boleh. Namun bagi yang baru, apa yang harus kita lakukan? Perlukah laman blog yang cantik semata-mata? Cantik juga merupakan sesuatu yang subjektif. Berikut diterangkan beberapa cara menambah pendapatan melalui blog.

1. Menjual produk fizikal.

Apakah dia produk fizikal?
Produk fizikal ialah produk nyata yang boleh disentuh. Contohnya di laman blog ini ialah buku, novel, komik, buku teks, majalah, permainan, kraf, VCD dan lain-lain. Pada masa ini, kita tidak mempunyai teknologi yang membolehkan gambar produk yang dipapar di skrin komputer tiba-tiba memunculkan produk dalam bentuk nyata. Laman blog hanyalah suatu bentuk media yang memaparkan gambar barang-barang fizikal yang dijual serta maklumatnya. Pembeli dan penjual dibantu oleh sokongan perniagaan yang lain iaitu bank (agen penerima bayaran bagi pihak penjual), pos (agen penghantaran barangan bagi pihak penjual) . Kebiasaannya jual-beli secara gaya pos. Pembeli pilih barang dan beritahu penjual, penjual semak stoknya dan beritahu maklumat akaun untuk pembayaran, pembeli bayar dan maklumkan penjual bukti pembayaran dan alamat untuk penghantaran. Penjual menghantar produk ke alamat diberi.

2. Menjual produk bukan fizikal.

Jika produk fizikal ialah sesuatu produk yang nyata, bagi produk bukan fizikal pula ia lebih kepada sesuatu yang tidak nyata. Contohnya artikel ini. walaupun pada kali ini artikel ini ditulis dan diberi secara percuma, namun ia tetap boleh dibaca dan diambil manafaatnya tanpa menunggu posmen menghantar sesuatu. Kebanyakannya merupakan sesuatu yang kita boleh perolehi secara atas talian contohnya ebook, permainan online, video pembelajaran, artikel online, kartun online dan sebagainya. Bantuan perniagaan yang diperlukan hanyalah bank untuk menerima bayaran serta media untuk menerima produk. Contohnya produk perlu dimuat turun atau diberi melalui e-mel setelah bayaran dibuat.

3. Menjual perkhidmatan.

Kaedahnya sama dengan kedua-dua cara di atas cuma ia lebih kepada perkhidmatan. Perkhidmatan ialah sesuatu yang ditawarkan secara terus iaitu kerja yang dilakukan oleh seseorang yang memberi faedah kepada orang lain. Contohnya perkhidmatan rekabentuk laman web, perkhidmatan fotografi, perkhidmatan Internet, perkhidmatan sewa rumah atau peralatan dan sebagainya. Ruangan blog bertindak sebagai ruang iklan yang menerangkan perkhidmatan yang ditawarkan dan perlaksanaannya boleh berlaku secara online atau offline. Contoh kaedah online, pengguna melihat iklan perkhidmatan terjemahan dan membayar perkhidmatan yang diingini, serta menyerahkan dokumen secara online, penyedia perkhidmatan menterjemah dan kemudian menghantar online kepada pelanggan. Perkhidmatan offline pula apabila ada interaksi antara dua pihak di luar. Contohnya pengguna melihat iklan perkhidmatan memotong rambut di blog dan kemudian ke kedai penjual memotong rambutnya.

Sekian dahulu buat hari ini...bersambung untuk artikel seterusnya. Jika ada yang nak beli buku-buku yang ada, sila hubungi jualbeli@1malaysia.my

Terima kasih.

Rabu, 23 Mac 2011

Telah menambah senarai untuk rujukan anda.

Assalamualaikum / Salam Sejahtera,

Saya telah menambah senarai buku terpakai dan harga di bahagian sisi untuk memudahkan anda memilihnya berdasarkan senarai tajuk. Buku-buku akan dimasukkan dari semasa ke semasa.

Jika ada pertanyaan, ingin membeli atau perlu penerangan lanjut, sila e-mel:

jualbeli@1malaysia.my

Terima kasih.

Ahad, 13 Mac 2011

Koleksi Novel BI


Novel-novel terpakai koleksi Bahasa Inggeris pula.
Sila e-mel: jualbeli@1malaysia.my untuk membeli.
Terima kasih.

Sabtu, 12 Mac 2011

Koleksi Novel


Novel-novel di atas antara koleksi novel terpakai masih ada

yang sedia untuk dijual.

Sila hubungi jualbeli@1malaysia.my sekiranya berminat.

Terima kasih.

* Bedar Sukma Bisu sudah dijual
*Putera Gunung Panti sudah dijual
*Orang Buruan sudah dijual
*Kemelut sudah dijual

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...