Ahad, 27 Mac 2011

Bagaimana Saya Mendapat Idea Perniagaan.

Kita sambung artikel sebelumnya. Pada artikel sebelumnya, saya ada menerangkan 3 kaedah menambah pendapatan melalui blog iaitu menjual barang dan perkhidmatan iaitu menjual produk fizikal, menjual produk bukan fizikal serta yang terakhir menjual perkhidmatan.
Persoalan yang selalu ditanyakan selepas itu ialah nak meniaga apa ya? Baiklah kini kita ulas pula tentang idea perniagaan.

Dalam konteks perniagaan online ni, sebenarnya idea telah pun ada di dalam diri kita. Faktor utama yang kita perlu ambil kira ialah minat. Apakah produk yang kita minat dan mengetahui banyak tentangnya. Contohnya saya minat dengan buku-buku, maka idea perniagaan yang muncul ialah buku-buku. Suka tengok cerita P.Ramlee tak? Baiklah cuba anda tengok cerita 3 Abdul.

Pada permulaan cerita Pak Aji S Shamsuddin menerangkan tentang Abdul yang pertama yang suka pada burung-burung...Maka dia pun membuka sebuah kedai burung. (Bukan kedai taik burung). Abdul yang kedua sangat gemar dengan seni ukir...Maka dia pun membuka sebuah kedai ukiran kayu. Abdul yang ketiga (Hero filem ni) pula sangat gemar dengan seni muzik...maka dia pun membuka sebuah kedai menjual alat muzik.

Apakah kelebihannya kita menjalankan sesuatu perniagaan yang kita minat? Ya kita lebih yakin kerana kita suka produk kita. Apabila kita suka produk kita, kita dapat lebih meyakinkan orang lain membeli produk kita. Jika orang tak beli pun itu adalah minat kita. Contohnya kita minat makan nasi lemak tapi tak minat makan mi sup. Tetapi kita jual kedua-duanya. Selepas selesai waktu perniagaan, nasi lemak ada lebih 5 bungkus, mi sup 1 bungkus. Kegemaran kita nasi lemak jadi mungkin nasi lemak tu kita makan sendiri tapi mi sup tu kita buang atau beri pada orang lain kerana kita tak suka.

Idea perniagaan juga boleh muncul dengan melihat produk orang lain. Orang lain jual tudung laku, saya nak jual tudung jugalah. Orang lain jual T-Shirt macam menarik juga, saya nak jual T-shirt jugalah. Itu biasalah. Cuba google berapa orang yang menjual buku, t-shirt dan sebagainya. Memang banyak. Kekadang kita terfikir kenapa ramai yang jual benda yang sama? Dah tak ada idea ke? Kenapa orang filem suka buat filem cerita hantu? Dah tak ada idea ke. Kenapa bila ke pasar malam, gerai nasi ayam banyak, kenapa tak ada yang buat kedai nasi itik? Kebanyakannya tiru-meniru. Peniruan mudah dilakukan. Apabila kita lihat seseorang tu seperti berjaya dalam bidangnya dan pelanggan pun nampak ramai dan kita juga boleh buat benda yang sama, mungkin lebih baik atau lebih sedap darinya, maka kita pun buat atau jual barang seperti dia. Walau bagaimanapun mungkin juga kebetulan minat mereka sama. Contohnya saya minat buku dan menjual buku. Kebetulan ada orang juga minat buku dan menjual buku juga. Apabila masuk pasaran, sama pula produknya. jadi itu kebetulan yang boleh dimaafkan. Walau bagaimanapun idea yang baik ialah idea perniagaan yang unik dan lain dari yang lain. Cubalah jangan meniru. Mungkin ada gemar dengan konsepnya, anda munkin boleh hanya tiru konsepnya bukan produknya. Contoh, anda suka konsep restoran makanan segera di barat. Mereka jual burger dengan kentang bungkus dengan kotak dan paper bag yang cantik berlogo. anda boleh tiru konsep itu untuk sesuatu yang lebih tempatan seperti pisang goreng panas segera.

Panjang la pula artikel ni. Baiklah nanti kita sambung lagi. Kalau nak beli buku-buku yang ada sila e-mel saya di jualbeli@1malaysia.my

Terima kasih.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...