Assalamualaikum / salam sejahtera,
Ok gempak tak tajuk ? Gempak ke gempaq hahaha. Ni berkenaan Blogopolis ( *chop bukan Blog Polis) tapi Nuffnang Blogopolis Malaysia 2012 iaitu satu seminar yang keluarkan rahsia-rahsia dan tips-tips berblog yang baru saja dianjurkan tadi. Saya tak pergi tapi dari jauh ni, saya dapat juga belajar beberapa tips yang bolehlah kita kongsi-kongsi untuk mencantikkan lagi blog serta meningkatkan mutu serta pendapatan blog kita.
1. Tips Pertama
"Ciptakan tajuk blog post yang ada nombor contohnya:
8 Tips Gempak Blog - Nuffnang Blogopolis 2012 :)"
Eh macam tajuk artikel ni je hahaha.
2. Tips Kedua
"Blog post perlu ada BERITA TERGEMPAR atau BERITA TERKINI.
Ia memang satu yg magikal utk menarik pembaca tahu lebih details."
Kalau dalam artikel ni :
Ajaib, Abone tidak pergi tapi
tahu 8 tips gempak blog
hahaha
3. Tips Ketiga
"Blogger perlu tahu etika & batasan semasa menulis agar
tidak menyentuh sensitiviti masyarakat"
Ya yang ni betul kecualilah memang sengaja nak cari pasal macam penulis-penulis politik yang cuba memprovokasi lawan-;lawannya dari kem seberang sana.
Walau bagaimanapun mereka pun ada batasnya kan jika tidak siap sedia
masuk ke dalam..
4. Tips Keempat
"Sangat penting untuk kita tahu apa yang trending
untuk masa kini di Twitter utk generate topik yg menarik"
contoh: Masalah pelajar masa kini, pelajar dah bermasalah ditambah dengan rombakan dasar pelajaran besar-besaran tahun hadapan. Masalah betul.
5. Tips Kelima
"77% pengguna internet adalah terdiri daripada penulis blog"
Ya ini fakta. Jadi jangan auta. Saya pasti yang baca artikel saya ni juga
punya blog dan handal-handal orangnya.
6. Tips Keenam
"Peluang terbuka utk penulis blog ialah anda bakal mendapat perhatian
dr pelbagai jenama utk bekerjasama dgn anda"
Ni bergantung juga blognya. Setakat ni, bagi blog saya ni ramai yang nak bekerjasama tapi banyak yang penipu yang pi spam e-mel. Kena hati-hati. Tapi setakat ni ada juga yang betul
Ada yang nak taja blog saya? Silakan :)
7. Tips Ketujuh
"50% blogger di dunia ni memiliki lebih drp 1 blog"
Ha ni pun betul. Contoh macam saya, selain blog ni saya pun ada blog-blog lain yang
saya kendalikan sendiri atau berkumpulan.
8. Tips Kelapan
"Sebanyak 40% blogger mendapat keuntungan drpd iklan & advertorial"
Kalau ikutkan, kiranya saya pun sebahagian dari kumpulan ni.
Selain iklan Nuffnang yang belum dapat ditunaikan lagi,
Saya mendapat keuntungan dari iklan saya sendiri untuk jualan-jualan buku saya.
Ok. Itu sahaja dahulu 8 Tips Gempak Blog, rumusan dari persidangan
Blogopolis Nuffnang. Banyak lagi sebenarnya. InsyaAllah akan dikongsi dari masa ke semasa.