Ahad, 5 Jun 2011

Tentang Nora Elena & Kasih Yang Suci.

.....nampaknya ramai yang tertunggu hari Isnin sejak beberapa hari cuti. Biarpun hari yang sebenarnya tak berapa digemari kerana hari bekerja yg pertama setelah cuti hujung minggu. Namun sejak 9 Mei, hari biasa amat istimewa kerana sebuah drama bakal jadi fenomena. Drama bersiri tersebut ialah Nora Elena yang ditayangkan di TV3 setiap hari Isnin hingga Khamis pukul 7 hingga 8 malam.

Apa istimewanya drama ini ialah jalan ceritanya yang menarik sumber inspirasi dari sebuah novel iaitu Kasih Yang Suci. Pelakon-pelakon yang mantap. Lagu tema drama juga semuanya sedap didengar. Saya agak bakal jadi fenomena seperti drama Nurkasih. Buktinya novelnya sold out. Khabarnya hari ni baru siap cetak atau di pasaran semula. Namun ramai juga tak tahu anda boleh baca novel Kasih Yang Suci percuma di google book. Cuma ini lebih sesuai kepada penyelak tegar kerana tidak semua isinya ada dipaparkan dilaman tersebut. Jadi sama ada anda beli baru atau terpakai jika mahu buku tersebut. Namun sayangnya buat masa ni saya sendiri tak ada stok. Kalau orang lain mungkin lebih suka peram buat koleksi. Sebab nilai sentimental cerita ni.

Buku dan drama ini cerita cinta romantik yang memang amat digemari oleh pencinta novel. Maka tidak hairanlah nanti pukul 7 malam perempuan Melayu terutamanya akan terpacak depan TV3 menonton aksi romantik Seth Tan dan berharap suami atau kekasih mereka begitu juga. Manakala lelaki pula sudah tentu menanti wajah jelita Siti Saleha yang melakonkan watak Nora Elena. Kalau masin mulut saya ni bakal bintang popular tu.

Anda semua bertuah hari ni kerana baca tentang sebuah drama popular.

Sila klik Kasih Yang Suci untuk ke laman novel tersebut.

Saya hidangkan 2 lagu tema Nora Elena. Satu lagu pembukaan drama dan satu lagi salah satu lagu latar drama.

Dan Bila Esok (credit to 25piNkyGurL25's)




Sesuatu Yang Berbeza (Credit : MrErryputra)



Erry...dalam hati ada taman ye?

Ni entry eksperimen ni sudilah klik apa yang patut kalau nak beli buku pun boleh hubungi

jualbeli@1malaysia.my Terima kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...