Rabu, 4 Mei 2011

Jom buat Album...

Assalamualaikum atau salam sejahtera,

Ya, jom buat album. Anda tidak perlu beratur untuk ujibakat AF, Mentor atau OIAM. Sebab bukan nak buat album muzik pun. Sebab sekarang ni kalau nak terkenal rekod je video dengan kamera digital/hp dan kemudian upload dalam youtube. Kalau sedap suara anda atau orang suka dengan muzik anda, silap2 ada syarikat rekod USA ke Russia ke yang panggil untuk jadi artis rakaman macam Zee Avi. Kalau tak pandai menyanyi tapi pandai bermiming, Dato' Siti pun sanggup jemput macam cikgu Shidah. Minta maaf saya round 'island' dulu.

Sebenarnya kalau anda nak buat album boleh. Tapi album gambar la. Saya nak perkenalkan satu lagi perkhidmatan yang sebelum ni saya ada beritahu. Ok boleh klik di bahagian iklan Buku Foto di bahagian sisi. Saya tawarkan perkhidmatan album buku foto mini 3 inchi x 4 inchi. Gambar yang boleh dimuatkan dalam album tersebut lebih kurang 20 keping. Sebenarnya boleh lebih tapi kalau nak juga lebih 20, saya sarankan beli juga kanta pembesar dari saya kecualilah anda golongan leprechaun. Jika berminat boleh e-melkan 20 gambar pilihan anda untuk dijadikan album. Saya akan sunting dengan touch up atau edit gambar tersebut. Tempoh siap sekitar 3 ke 4 minggu dari tarikh hantar gambar. Harga amat berpatutan. Sila e-mel untuk keterangan lanjut. Terima kasih.

Sila e-mel: jualbeli@1malaysia.my

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...