Rabu, 16 Februari 2011

4 Lagi Novel

Empat lagi novel-novel terpakai untuk dijual.

1. Bedar Sukma Bisu


Bedar Sukma Bisu

Faisal Tehrani
Dewan Bahasa Dan Pustaka
RM20.00
Pemenang Hadiah Mengarang Jubli Emas DBP Tempat Pertama.

Syahdu mempesonakan, kisah sebuah semenanjung. Tanahnya emas, lautannya perak berkilauan. Ada pohon dan tanam-tanaman. Ada hujan menyegarkan. Ada sungai-sungai mengalir perlahan. Ada awan-gemawan melitupi meneduhkan. Ada binatang jinak sering bermanjaan. Ikan-ikan semuanya boleh dimakan. Ada laut yang bergelora permukaan tetapi tenang di dalam. Wegada tidak pernah lelah belayar, sejak masih anak-anak. Dia keluarga dari lautan. Wefada juga dilanda cinta muda, sejarah lampau dan kemelut suadara. Kisah pelayaran menyusuri Nusantara yang agam gemilang oleh ketamadunan Melayu - Islam. Di sini kita akhirnya mengerti, mengapa alam emas ini sering menjadi rebutan, menjadi tarikan dan tumpuan. menjadi sukma di hati. Sebuah saga tepu falsafah, tentang laut, bedar, niaga, perang, cinta, tauhid, peradaban dan sejarah luka.

Bedar Sukma Bisu pasti menggugah rasa.



2. Bila Embun Menitis


Bila Embun Menitis
Awang Abdullah
RM5.00 Termasuk kos pos biasa Malaysia.

Sebuah novel suka-duka dunia perguruan. Kategori sukar ditemui (rare)



3. Bicara Hati



Bicara Hati
Damya Hanna
Alaf 21
RM14.00 Termasuk Kos Pos Biasa Malaysia.
Cetakan Ke-14.


DALAM satu kemalangan kecil yang tidak disengajakan, Tengku Syahran dan Zahlia bertemu. Ketika itu, Tengku Syahran sedang buntu memikirkan cadangan emaknya ingin menjodohkan dia dengan Linda, seorang wanita yang tidak pernah dicintai. Seminggu mengenali Zahlia, Tengku Syahran menyatakan hasratnya untuk memperisterikan Zahlia untuk mengelak dirinya dikahwinkan dengan Linda.



4. Antara Dua Persimpangan



Antara Dua Persimpangan
Siti Rozilah
Creative Ent.
RM15.00 Termasuk Kos Pos Biasa Malaysia.

Dia keliru di dalam mengenali salasilah diri.
Kekeliruan yang membenteng antara kebenaran
dan dongeng zaman kanak-kanak. Kekeliruan
yang menimbulkan kebencian dan dendam...
Andai hari semalam dapat diputarkan menjadi hari
ini, barangkali dia tidak perlu lagi meratapi
kehilangan semalam bersama luka pertemuan hari ini..


Sila hubungi e-mel jualbeli@1malaysia.my untuk membuat pembelian. Terima kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...