Sabtu, 2 Januari 2010

Tahun Baru 2010

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kepada pengunjung-pengunjung blog ni (jika ada).

Seperti yang kita tahu Tirai 2009 telah dilabuhkan dan kini kita melangkah ke tahun baru 2010. Tahun ni penuh misteri kerana disambut dengan gerhana bulan separa ha33.

Ok berbalik semula kepada isi blog ni. Kalau sesiapa yang masih berminat dengan novel-novel,buku-buku dan lain-lain barang (kebanyakannya terpakai) yang saya iklankan sejak tahun lepas, sila-sila contact e-mel saya untuk membeli. jualbeli@1malaysia.my

Cuba lihat masukan saya untuk bulan 12 lebih banyak dari biasa kerana proses mengemas rumah hujung tahun dan saya dapati banyak barang yang nak jual. Boleh rujuk masukan bulan-bulan lepas. Biasanya saya kemaskini barang-barang yang telah dijual. Bermakna barang yang masih tiada catatan telah dijual, masih ada. Walau bagaimanapun tak salah kalau nak bertanya dulu.

Harga yang diletakkan berpatutan dan jika nak beli lebih atau ambil semua, boleh bagi diskaun.

Bagaimana proses penjualan di blog ini? Mudah saja caranya.

1. Setelah anda lihat produk yang anda berminat untuk membeli, hantar e-mel ke jualbeli@1malaysia.my nyatakan produk yang hendak dibeli.

2. Saya akan membalas e-mel dengan menyatakan status produk tu sama ada masih ada atau tidak. Jika masih ada, saya akan beri maklumat akaun Maybank untuk membolehkan anda membuat pembayaran.

3. Masukkan wang yang secukupnya ke akaun Maybank yang diberi dan maklumkan pembayarannya dan alamat penghantaran melalui e-mel.

4. Saya akan hantarkan barang tersebut ke alamat yang diberikan.

5. Tempoh barang sampai bergantung kepada jenis pos dan lokasi pembeli.

Ok terima kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...