Anastasia Pentylope dan Bahang Asmara
Kerana cin
ta... kujejak dirimu walau liku-liku hidup yang kulalui sepanjang waktu itu amat memeritkan. Sesungguhnya tanpamu di sisi hidup ini terasa kelam dan gerhana. Sayang... kehadiranmu adalah sejarah terindah yang terpahat dalam lipatan takdirku. Namun pemergianmu tanpa pesan bagaikan satu titik hitam yang berjaya menggelapkan seluruh hidupku. Sepanjang tempoh itu, saban detik aku menyirat duka walau di hati sering mengharapkan kepulanganmu.*******
Kita bagaikan anjing dan kucing. Pantang bersua muka pasti bertelagah. Dan kedinginan itu semakin hari semakin terasa indahnya. Hingga akhirnya baru kusedari bahwa aku telah jatuh cinta buat kali pertama. Namun di saat aku ingin meluahkan rasa-rasa di hati... engkau telah menyampaikan berita yang bagaikan panahan petir buatku. Dalam diam ku berasa kesal kerana tidak memukadimahkan ayat keramat tersebut seawalnya. Aku juga kesal kerana terlalu ego selama meladenimu. Takdir ini membuatkan kita terpisah dan engkau telah mengikut haluanmu sendiri. Hari ini sekali lagi kita dipertemukan setelah masing-masing telah dimiliki. Ironiknya kita disatukan dalam satu keluarga dan bersua wajah denganmu membuatkan cintaku marak semula. Demikianlah juga dirimu. Sayang.... mampukah kita berdua memadamkan api cinta ini dari terus-terusan membakar diri demi insan-insan tersayang walau sebenarnya menghapuskannya bukanlah semudah yang disangka. 2 karya hebat Jessy Mojuru. Sekarang saya bersedia menjual dengan harga berikut:Novel terpakai:
Anastasia Pentylope - Jessy Mojuru RM12
Bahang Asmara - Jessy Mojuru RM15 - Sudah Jual
Harga telah termasuk kos pos biasa dalam Malaysia.
Sila e-mel jualbeli@1malaysia.my sekiranya berminat. Terima kasih.