Isnin, 21 November 2011

Novel Egois





Novel Egois

Norhayati Ibrahim

RM10 (Termasuk kos pos biasa Malaysia)

Sila hubungi e-mel: jualbeli@1malaysia.my untuk membeli

Terima kasih.











Strategi Pelaburan



Strategi Pelaburan

Buku untuk bacaan umum berkenaan strategi pelaburan. 

RM20 (Termasuk kos pos biasa Malaysia)

Mohon hubungi e-mel : jualbeli@1malaysia.my untuk membeli.

Terima kasih.

Investor Guide To Malaysian Unit Trust






Investor Guide To Malaysian Unit Trust

Buku berkenaan pelaburan unit saham amanah 

RM25.00 (Termasuk kos pos biasa Malaysia)

Sila hubungi jualbeli@1malaysia.my untuk membeli.

Terima kasih. 

Jumaat, 11 November 2011

Saham

Buku terpakai Saham merupakan salah satu rujukan kepada mereka yang berminat mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan urusniaga Saham. Merupakan salah satu rujukan pengajian tinggi dan ditulis oleh penulis berpengalaman. Jika berminat sila e-mel:
jualbeli@1malaysia.my


Harga RM20 Termasuk Kos Pos Biasa Malaysia

Terima Kasih. 

Kelakuan Organisasi Edisi Keempat

Buku terpakai Kelakuan Organisasi atau Gelagat Organisasi ini merupakan salah satu teks atau rujukan di pusat pengajian tinggi bagi jurusan perniagaan atau sumber manusia. Jika berminat mohon e-mel: jualbeli@1malaysia.my untuk membeli. 


Harga: RM30 (Termasuk kos pos biasa Malaysia) - Sudah Jual

Terima Kasih. 


Poskad untuk dijual

Assalamualaikum,

Agak lama saya dah tak update blog ni. Baiklah sebelum saya sambung catatan berkenaan Strategi, Misi, Visi tu. Saya nak iklankan berkenaan poskad. sesiapa yang nak beli poskad-poskad berikut boleh e-mel ke:
jualbeli@1malaysia.my 


Harga RM5.00 termasuk kos pos biasa Malaysia. 
(Percuma 2 keping poskad tambahan)

Poskad-poskad belum digunakan. Boleh dibuat hiasan atau diposkan.

Terima kasih. 



Ahad, 10 Julai 2011

Strategi Misi Visi


Pada 1 Julai yang lalu, saya berkesempatan mengikuti seminar keusahawanan anjuran Kedutaan Amerika Syarikat dan Warisan Global. Penceramahnya dari Amerika.

Saya ingin kongsi sedikit ilmu yang diperolehi dari seminar tersebut. Seminar tersebut bertajuk Scope Speed Scale.

Seminar banyak menyentuh tentang ciri-ciri seorang usahawan dan kepentingan mengurus perniagaan bukan hanya menjalankan perniagaan. Pada artikel kali ini saya ingin sentuh berkenaan apa yang seharusnya dilakukan oleh pemilik sesebuah perniagaan untuk memastikan kelangsungan perniagaannya.

Pemilik seharusnya bersedia mencatatkan strateginya, misinya dan visinya di atas kertas atau secara hitam putih. Kita sering lihat usahawan yang hanya menjalankan perniagaannya tanpa menyatakan secara jelas strategi yang digunakan dan misi atau matlamat yang ingin dicapai serta wawasan perniagaannya. Hal ini berlaku kerana ada usahawan merasakan semuanya ada di kepalanya dan tidak perlulah segalanya itu ditulis. Namun hal sebenarnya yang jelas ialah kebimbangan usahawan itu sendiri andai segala strategi, matlamat dan wawasan yang dinyatakan tidak dapat dicapai atau tidak kesampaian. Perkara ini menjadi lumrah manusia kerana setiap manusia tidak mahu dipersalahkan apabila sesuatu yang cuba diperolehi gagal diperolehi. Jadi oleh sebab itu usahawan jarang menulis atau menyatakannya dan adakalanya ia hanya sekadar hiasan tanpa benar-benar menghayatinya.

Walau bagaimanapun, untuk terus berada dalam bidang keusahawanan ini, usahawan perlu merangka strateginya, menetapkan matlamatnya serta wawasan perniagaannya. Perkara ini perlu didokumentasikan dan dihayati.

Langkah pertama ialah dengan menulis perkara-perkara yang ingin dilakukan untuk perniagaannya. Seperti senarai perkara yang mahu dibuat dan perlu dibuat serta tempoh masa sasaran perkara itu dibuat atau disiapkan. (* bersambung)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...